Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Tarikh : 06-09 Mei 2024
Tempat : New York Hotel,Johor Bahru

Latihan pembangunan profesionalisme berterusan perlu diberikan kepada guru KAFA kerana sebahagian besar guru KAFA mempunyai latar belakang pendidikan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Thanawi. Situasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah KAFA pula memerlukan seorang guru mengajar hampir semua mata pelajaran dalam satu kelas yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, latihan profesionalisme dan bimbingan secara berterusan dalam bidang pedagogi dan pentaksiran amat perlu diberikan kepada para guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PdP yang berkesan. Selain latihan pedagogi, guru juga perlu diberikan pendedahan khusus untuk melaksanakan pentaksiran aktiviti amali seperti Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat (AS).

Program Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru adalah signifikan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran Guru KAFA dalam bidang pentaksiran seiring dengan perkembangan pentaksiran pendidikan semasa supaya dapat meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran berkualiti.

Kursus Peningkatan Kompetensi Pendidikan Pentaksiran Pkpp Guru Kafa Negeri Johor 01

Kursus Peningkatan Kompetensi Pendidikan Pentaksiran Pkpp Guru Kafa Negeri Johor 02

Kursus Peningkatan Kompetensi Pendidikan Pentaksiran Pkpp Guru Kafa Negeri Johor 03

Kursus Peningkatan Kompetensi Pendidikan Pentaksiran Pkpp Guru Kafa Negeri Johor 04

Kursus Peningkatan Kompetensi Pendidikan Pentaksiran Pkpp Guru Kafa Negeri Johor 05