Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Pada 15 – 16 Mei 2024, seramai 90 orang peserta daripada seluruh Malaysia telah menyertai Kursus Asas Training of Trainer (TOT) Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Kursus anjuran Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM ini melibatkan penyertaan dari kalangan pegawai dan kakitangan hal ehwal Islam, pegawai dan kakitangan perubatan dan lain-lain penceramah dari seluruh Malaysia sebagai syarat untuk memenuhi kelayakan menjadi penceramah Kursus Praperkahwinan Islam.

Para peserta kursus diberikan bimbingan sebagai penceramah atau pengajar meliputi keseluruhan kandungan modul iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Komunikasi Suami Isteri, Tanggugjawab Suami Isteri, Pengurusan Kewanan, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Stress dan Konfllik, Majlis akad Nikah dan Walimatulurus dan Pembubaran Perkahwinan. Antara penceramah yang telah memberi khidmat latihan ialah Us. Norzaidan bin Hamad, En. Mohd Khairil Asyraf bin Karid, Dr. Tuty Aridzan Irdawati binti Mahsinon dan Tuan Mohd Ihsan bin Mohanad Daud.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Puan Hazizah binti Mohd Yusoff, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Pembangunan Keluarga, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM mewakili Pengarah Bahagian, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani. Dalam ucapan perasmian tersebut, Puan Hazizah telah menyatakan hasrat dan harapan jabatan ini agar peserta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan yang terbaik dan berkualiiti.

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 01

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 02

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 03

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 04

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 05

Latihan Pengendalian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam Mbkpi Kepada Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam 06