Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
28-29 Mei 2024 - Satu sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah diadakan bagi melihat pelaksanaan program Post Graduate Certificate in Islam in Contemporary Societies (PCICS) di negara tersebut. Delegasi JAKIM yang diwakili oleh Pengarah Kanan dan pegawai Bahagian Dasar Kemajuan Islam telah disambut mesra oleh Dr. Albakri Ahmad, Timbalan Ketua Eksekutif MUIS serta pegawai- pegawai kanan MUIS.

Semenjak 2020 , MUIS telah melaksanakan program PCICS bagi memberi kemahiran dan nilai tambah kepada ilmu para graduan pendidikan Islam di dalam dan luar negara sebelum mereka diberi pentauliahan sebagai seorang asatizah yang akan berkhidmat kepada masyarakat. Sehingga 2024, program ini telah mempunyai 9 kohort asatizah dengan melibatkan penyertaan seramai 317 orang graduan jurusan pengajian Islam dari universiti dalam dan luar negara. Objektif PCICS adalah untuk mendidik dan membangun asatizah yang bertauliah bagi membimbing orang Islam di Singapura.

Pelaksanaan program ini berasaskan blended program antara ilmu pengetahuan dan capstone yang disesuaikan dengan konteks masyarakat Islam Singapura merangkumi aspek sosio budaya, politik dan ekonomi. Kurikulum program dibangunkan secara kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara (Universiti Al-Azhar dan Universiti of Jordan). Pelaksanaan program seumpama ini perlu disesuaikan dan diadaptasi dalam program pembangunan asatizah di Malaysia.


sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 01

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 02

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 03

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 05

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 06

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 07

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 08

sesi kunjung hormat delegasi JAKIM ke Majlis Ugama Islam Singapura MUIS 09