Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Penentuan Soalan Dan Tajuk Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 10 Tahun 2024 dan Ihtifal Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Peringkat Kebangsaan Kali Ke 9 Tahun 2024 telah diadakan pada 31 Mei hingga 2 Jun 2024 bertempat di Hotel Ibis, Melaka . Bengkel di urus setiakan oleh Unit Pembangunan Insan, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM dan telah dirasmikan penutupannya oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Pegawai Teknikal Kokurikulum JAKIM yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. 

Objektif bengkel ini bertujuan untuk memilih dan menentukan tajuk dan soalan bagi MIISMAM dan IKK bagi pertandingan peringkat kebangsaan 2024 dan juga sebagai persediaan bagi pelaksanaan MIISMAM dan IKK yang dijangka akan di laksanakan pada bulan September nanti.

MIISMAM dan IKK menjadi salah satu platform untuk murid-murid bersaing secara sihat dalam menggilap bakat dan potensi diri dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. Sudah pasti,pelaksanaan program kokurikulum ini membawa bersamanya 1001 cabaran serta usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak. Ini kerana, pelbagai halangan dan cabaran perlu ditempuhi sebelum kita dapat melaksanakannya.


BENGKEL PENENTUAN SOALAN DAN TAJUK MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA MIISMAM 01

BENGKEL PENENTUAN SOALAN DAN TAJUK MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA MIISMAM 02

BENGKEL PENENTUAN SOALAN DAN TAJUK MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA MIISMAM 03