Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
PUTRAJAYA, 27 Mei 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah melaksanakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia Bil.1 /2024 di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah tersebut telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri seluruh Malaysia.

Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia merupakan medium penyelarasan dan persepakatan antara negeri dalam membincang dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu penguatkuasaan syariah. Antara isu yang dibincangkan termasuk perkara mengenai ajaran sesat, latihan dan kemahiran pegawai penguat kuasa agama, keperluan mewujudkan serta menyelaras dan menyeragamkan Standard Operating Prosedur (SOP) dan garis panduan untuk pemakaian Pegawai Penguat Kuasa Agama agar tindakan yang diambil selari di seluruh negara.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri berpeluang mendengar dan bertukar-tukar buah fikiran dengan Tuan Atras bin Mohammad, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka dalam perkara pertuduhan-pertuduhan yang boleh dibuat terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan matrimoni.


gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4