Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Hakim Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaydia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 10 Tahun 2024 dan Ihtifal Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Peringkat Kebangsaan Kali Ke 9 Tahun 2024 telah diadakan pada 12 Julai hingga 14 Julai 2024 bertempat di Ancasa Hotel,Port Dickson . Bengkel anjuran Unit Pembangunan Insan, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM dan telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Hakim-hakim pertandingan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada hakim teknik permarkahan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam dua pertandingan tersebut. Disamping itu juga hakim yang dilantik diingatkan sekali lagi agar menjaga etika kehakiman seperti bersikap jujur,adil,neutral dan tidak berat sebelah semasa membuat penghakiman. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap markah yang diberikan bertunjangkan penilaian yang profesional.

Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Rushdan bin Abu Hadi dari Unit Pembangunan Insan, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM.


WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.04 1

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.01

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.00

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.00 1

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.02

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.03

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.04

WhatsApp Image 2024 07 16 at 10.24.05