Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BAGAN LALANG, SELANGOR, 19-21 JULAI 2024 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Semarak Kasih" bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Selangor  dengan penyertaan seramai 16 orang peserta (8 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Faridah binti Md Jamil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPA. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Fasa Semarak Kasih" 2024. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.



Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 02

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 01

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 04

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 05

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 06

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 07

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 08


Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 09

Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 03