Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Bangi, Selangor – 30 - 31 Julai 2024. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah menganjurkan Wacana Intelektual Undang – Undang Jenayah Syariah 2024 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi.

Wacana   Intelektual Undang – Undang Jenayah Syariah 2024 ini   telah memberi fokus  kepada perbincangan kes semasa kesalahan jenayah syariah. Seramai 20 orang peserta  terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dari seluruh Malaysia, manakala Yang Arif Dato’ Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan) telah diundang sebagai pembentang yang telah mengupas isu berkaitan Trend Semasa Kes Jenayah Syariah,   Penilaian Kes Jenayah Syariah,  Mengurus Aduan dan Siasatan Kes, dan  Pengukuhan Kertas Siasatan Kes.

Yang Berusaha Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM  telah menyampaikan ucaptama pada program tersebut. Beliau dalam ucapan yang disampaikan berharap agar penganjuran program seumpama ini perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran pegawai – pegawai di agensi terlibat  tentang  kes – kes kesalahan jenayah syariah melalui penguasaan  Undang – Undang Tatacara Jenayah Syariah. Beliau turut menekankan bahawa memartabatkan  undang – undang syariah di negara ini merupakan agenda penting dalam mendepani senario semasa. Oleh itu penjawat awam yang memikul amanah ini perlu menggariskan hala tuju strategik kepada pelaksanaan agenda tersebut.

1 2

2 2

3 2

4 2

5 1