13 Ogos 2024 – Putrajaya, Institut Agama Islam Negeri Fatthul Muluk Papua Indonesia bersama rombongan dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Lawatan rombongan ke JAKIM ada bertujuan untuk mendapatkan maklumat Pengurusan Hal Ehwal Islam di negara Malaysia.
Rombongan mahasiswa dan mahasiswi dari UIN ini juga, terdiri dari pelbagai Fakuliti Pengajian Islam berkongsi maklumat dan bertukar pandangan berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Papua.
Turut hadir bersama mewakili pihak JAKIM ialah YBrs Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat JAKIM, YBhg Prof. Madya Dr. Jaffary Awang, Pusat Kajian Usuluddin Dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Seterusnya rombongan juga dibawa untuk melawat ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra Putrajaya.