Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 11 Ogos 2024, Kampung Pulau Salak di Kuching, Sarawak, menjadi tumpuan dengan penganjuran Program Komuniti Madani yang penuh makna. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK JAKIM) dan melibatkan kerjasama syarikat-syarikat korporat.

SDK JAKIM, walaupun jauh dari Semenanjung Malaysia, tidak melupakan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak, menunjukkan komitmen mereka untuk mendekati dan membantu komuniti di sana. Program ini bertujuan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan serta melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk Gotong Royong Perdana, Pertandingan Mewarna, Bilal Cilik, Qari & Qariah Junior, Majlis Ilmu Madani, serta sesi Career Talk yang memberi inspirasi kepada penduduk tempatan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dengan kehadiran YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBrs. Dr. Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM serta wakil-wakil syarikat korporat.

Melalui program seperti ini, SDK JAKIM berharap untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia, khususnya di kawasan pedalaman, dengan memberi manfaat kepada komuniti setempat.


Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak 01

Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak 02

Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak 03

Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak 04

Program Komuniti Madani Kampung Pulau Salak 05