Dialog Belanjawan 2025 bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi pada 9 Ogos 2024. Seramai 160 orang peserta hadir dalam sesi dialog ini termasuklah dua orang wakil daripada Pasukan Belanjawan 2025, Kementerian Kewangan Malaysia.
Antara pandangan yang diutarakan adalah meliputi kehormatan institusi Islam, kemuliaan syariah, kesejahteraan insan, pemerkasaan pengurusan serta pentadbiran zakat dan wakaf, pengimarahan masjid dan sebagainya.
Melalui input yang disampaikan dalam sesi dialog hari ni antara lain merupakan ikhtiar di peringkat akar umbi bagi memastikan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di negara ini lebih terangkum dan berkesan.









