Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 26 OGOS 2024 – Menelusuri Garis Masa Pelaksanaan Spiritual Care di Institut Kanser Negara (IKN), pada hari ini diadakan perbincangan antara JAKIM dan rakan kerjasama strategik iaitu IKN dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) di Kompleks Islam Putrajaya. Tujuannya bagi mengatur urusan untuk tindakan lanjut dalam memastikan perancangan JAKIM melebarkan manfaat psikospiritual Islam dalam memberi sokongan spiritual kepada pesakit IKN. 
 
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Hadir bersama dari pihak Bahagian KSK JAKIM iaitu Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sosial & Komuniti dan empat orang Penolong Pengarah Kanan yang terdiri daripada Puan Hariati Abu Kher, Puan Rosinah Abdullah, Puan Yuhaniz Mohd Yusop dan Puan Nur Fatihah Mohd Sidek. Manakala bagi pihak IKN diketuai oleh YBrs. Dr. Muhammad Azrin bin Omar@Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan 1) IKN dan hadir bersama Dr. Saiful Adni bin Abd Latif, Dr. Raja Hazwani Aimi binti Raja Mukhtar, Sr. Lele Suriani binti Jamaluddin, Puan Nur Liyana binti Shamsudin dan Ustaz Mohd Shahrul Nazim bin Mohd Saron. YIM diwakili oleh Encik ‘Ammar bin Zulkiflee.

Perbincangan pada kali ini memberi fokus kepada tatacara pelaksanaan dan penetapan fungsi dan tanggungjawab antara agensi bagi memastikan tiada pertindihan skop tugas dan ianya berjalan lancar. Masing-masing agensi telah membentangkan cadangan terma rujukan perkhidmatan. Pembentangan dari pihak JAKIM disampaikan oleh Puan A’azah Awang Kechik, manakala IKN disampaikan oleh Dr. Saiful Adni. Pada akhir perbincangan dipersetujui agar satu dokumen terma rujukan dibangunkan yang melengkapi antara cadangan JAKIM dan IKN sebagai panduan dan rujukan ketika pelaksanaan perkhidmatan ini kelak.

Semoga usaha ini memberi manfaat sepenuhnya kepada pesakit IKN dan dapat mengakhiri hayat dengan sebaik-baiknya yakni husnul khatimah serta mendapat keredhaan Allah SWT.

IKN1

IKN2

IKN3

IKN4

IKN5