Seramai 27 orang pelajar Syukbah Halal Darul Quran (DQ) bersama 8 orang pelajar Pengurusan Halal dari Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) telah menyertai lawatan sambil belajar ke Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Taklimat bahagian telah diadakan di Masjid Negeri, Seremban di mana para pelajar telah didedahkan dengan kaedah pengurusan halal di Negeri Sembilan.
Dalam lawatan ini juga pihak JHEAINS telah memberikan penerangan berkenaan skop kerja bahagian tersebut secara terperinci terutama tentang pensijilan halal. Para peserta lawatan juga diberikan taklimat berhubung program Halal Cottage yang diperkenalkan kepada peniaga-peniaga mikro untuk memudahkan mereka mendapatkan sijil halal. Lawatan kemudiannya diteruskan dengan kunjungan ke Yakult Sdn Bhd pada sebelah tengah hari.









