KALIMANTAN TIMUR, Isnin 9 September 2024 - Majlis Tilawatil Quran Peringkat Kebangsaan Indonesia telah diadakan bermula pada hari ini sehingga 15 September 2024 bertempat di Pusat Expo Samarinda, Kalimantan Timur, Republik Indonesia. Program ini diadakan dua tahun sekali mengikut giliran yang telah ditentukan oleh penganjur. Penganjuran pada kali ini adalah merupakan kali yang ke-30 semenjak MTQ Nasional ini diadakan.
Pada tahun ini program ini telah diadakan bertempat Pusat Expo Samarinda lokasi utama program dan ada beberapa lokasi mengikut pertandingan yang telah dipertandingkan. Kalimantan Timur juga merupakan sebuah tempat yang begitu meriah dengan kehadiran penduduk setempat dan dari seluruh Indonesia. Pelbagai acara pertandingan kesenian Islam seperti kaligrafi,tilawah, hafazan al-Quran, terjemahan dan syarahan huraian hadis. Sebanyak 38 kontinjen dari pelbagai provensi dan pemenang akan mewakili Indonesia ke peringkat Antarabangsa.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah merasmikan pembukaan Musabaqah Tilawatil Qur'an (MTQ) Nasional, Samarinda bertempat di Stadion Gelora Kadrie Oening, Samarinda. Majlis ini juga turut dihadiri oleh semua Gabenor Pravenci, Ketua – Ketua Negara MABIMS, Atase Agama Kedubes Malaysia, Ketua - Ketua Daerah Kaltim dan tetamu jemputan dalam dan luar negara.
MTQ Nasional ini juga turut dimeriahkan dengan Expo MTQ Nasional Indonesia yang menampilkan pameran seni dan kaligrafi antarabangsa, pameran perwakilan pemerintah provinsi seluruh Indonesia dan pelbagai produk tempatan. JAKIM selaku ahli negara MABIMS turut menghantar penyertaan bagi memeriahkan lagi expo yang telah diadakan. Pelbagai produk, perkhidmatan, kesenian kaligrafi, penerangan produk halal dan pelbagai maklumat pameran tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa anjuran Malaysia turut dipamerkan.
Perasmian Expo MTQ Nasional XXX ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Muhammad Ali Ramdhani yang mewakili Menteri Agama Yaqut Cholil Qauma. Beliau kemudiannya mengunjungi booth-booth pameran termasuk booth JAKIM.
#PelanAlFalah
#MalaysiaMadani#PelanAlFalah
#menteriagama