Kurator Berita : Unit Integriti
Putrajaya -  Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah mengadakan lawatan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti pada 05 September 2024 ke Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar (BKHL) dan Bahagian Dakwah JAKIM.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM mewakili Ketua Jabatan dan diiringi oleh Ketua Unit Integriti JAKIM pada sesi lawatan tersebut.

YBhg. Dato’ Dr. telah memberikan saranan agar semua pegawai dan kakitangan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan proaktif dan realistik setiap masa agar peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dapat direalisasikan.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada setiap pegawai awam untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] serta pekeling-pekeling dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Lawatan ini adalah selaras dengan arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti di Jabatan masing-masing. Perkara-perkara yang dinilai semasa lawatan ini termasuklah pengurusan waktu bekerja yang berintegriti, pengurusan kaunter yang berkualiti dan peka pelanggan dan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat (citizen centric).

Pelaksanaan inisiatif ini jelas menzahirkan keprihatinan pengurusan tertinggi JAKIM yang sentiasa komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti penuh integriti kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tertinggi

Tertinggi 1

Tertinggi 2

Tertinggi 4

Tertinggi 5