4 SEPTEMBER 2024M / KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA
Putrajaya – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menerima kunjung hormat dari Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) yang diketuai oleh Datuk Ahmad bin Darus, Presiden MAPIM, Datuk Lokman Abd Ghani, Naib Presiden MAPIM, En Aslam Nawabdin, Setiausaha Agung MAPIM, En Muhammad Said bin Abd Halim, Pen. Setiausaha Agung, En Ir Ismail b Ishak, Bendahari MAPIM, En Norham b. Sazali, Pn Rushidah bt Bakar dan En. Zulkhairi.
Dalam sesi pertemuan ini YBhg. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK telah memberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian KSK. Di samping itu, pihak MAPIM juga turut memberikan maklumat mengenai peranan MAPIM serta aktiviti dan kerjasama yang telah dijalinkan dengan agensi lain.
Sesi pertemuan ini selain dapat bersuai kenal bersama pengurusan MAPIM juga dapat membuka ruang perbincangan serta kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dengan NGO bagi pelaksanaan program yang lebih terancang. Penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAPIM atas kunjungan hormat ini dan diharapkan agar melalui pertemuan ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih baik antara JAKIM dan MAPIM pada masa akan datang.