Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

9 SEPTEMBER 2024M / MASJID KARIAH PAROI JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Seremban – Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM berkolaborasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan bagi menjayakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Negeri Sembilan pada hari ini. Program mendapat kerjasama penuh daripada pihak pengurusan Masjid Kariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan yang menyediakan fasiliti dan makan minum.

Majlis perasmian dan pelancaran program ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, YBrs. Tuan Haji Dr. Ruslan bin Said. Turut hadir menyempurnakan majlis ialah YBrs. Dr Mansor bin Osman , Pengerusi Masjid Kariah Paroi Jaya, YBrs. Dr Hadijah binti Baba, Pengarah Agensi Antidadah (AADK) Negeri Sembilan dan wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan AADK Ibu Pejabat.

Terdahulu seramai hampir 86 orang peserta dalam kalangan Klien AADK Daerah Seremban yang berada dibawah pengawasan mengikuti slot Makrifatun Nafs dan Rawatan diri melalui Ilaj Syarie yang masing-masing disampaikan oleh Ustaz Syukri bin Khamis dan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria yang kedua-duanya merupakan kaunselor dan Failitator di KSK Care Centre JAKIM.

Pada Majlis perasmian ini juga disampaikan Watikah Pelantikan Masjid Angkat kepada empat buah masjid yang akan bekerjasama mengadakan program ini diadakan pada masa akan datang. Empat buah masjid tersebut adalah Masjid Dato Klana Petra Sendeng Ampangan, Masjid Bandar Baru Senawang, Masjid Kariah Panchor Jaya dan Masjid Kariah Paroi Jaya sendiri. JAKIM merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada masjid-masjid yang sudi bekerjasama menjayakan program ini demi pembangunan dan kemashalatan umat Islam.

Melalui penganjuran program ini diharapkan dapat membantu kepulihan khususnya klien-klien AADK Negeri Sembilan melalui kaedah terapi psikospiritual Islam ini di samping mengurangkan stigma terhadap klien yang ingin melakukan perubahan. Program ini juga diharap dapat menyebarluaskan kepelbagaian fungsi masjid-masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadah seharian bahkan turut membantu anak kariah masjid melakukan perubahan kepada yang lebih baik.


Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 01

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 02

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 03

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 04

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 05

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 06

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 07

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 08

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 09

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK Negeri Sembilan 10