MELAKA, 14 Oktober 2024 (Isnin) – JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Seminar Fatwa Kontemporari Peringkat Negeri Melaka. Seminar yang dihadiri oleh 500 orang peserta ini terdiri daripada penjawat awam dari agensi-agensi kerajaan, guru-guru KAFA, guru-guru takmir, jawatankuasa masjid dan lain-lain lagi. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang yang cukup hebat dan berpengalaman. Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut :
Sesi 1 : Isu Akidah Semasa
Pembentangan 1:
Fatwa-Fatwa Semasa Dalam Memelihara Keutuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Panel : YBrs. Dr. Azmil bin Zainal Abidin
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM
Pembentangan 2:
Ancaman Fahaman dan Ajaran Sesat Terhadap Negara
Panel : Tuan DCP Zainudin bin Haji Ahmad
Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial
Cawangan Khas PDRM Bukit Aman
Sesi 2 : Isu Pemakanan & Bioteknologi
Pembentangan 3:
Fatwa-Fatwa Semasa Pemakanan Berasaskan Bioteknologi
Panel : YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Timbalan Dekan Jaringan Masyarakat
Fakulti Pengajian Islam UKM
Pembentangan 4:
Kesan Bioteknologi Terhadap Kesejahteraan Ummah
Panel : YBhg. Prof. Dr. Sahilah binti Abd Mutalib
Ahli Dilantik Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI)








