Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SENAWANG, 21 OKTOBER 2024 – Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengadakan Program Terapi Psikospiritual Klien AADK Negeri Sembilan bagi siri yang kedua selepas pelancaran program ini bagi Negeri Sembilan telah dilaksanakan pada bulan yang lalu. Program kali ini diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang, Negeri Sembilan dihadiri seramai 61 orang klien AADK yang menjalani pengawasan dan rawatan di dalam komuniti.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan slot Makrifatun Nafs dan seterusnya mengikuti pula slot Rawatan Diri Melalui ‘Ilaj Syarie. Kedua dua slot disampaikan oleh Ustaz Mohd Shukri bin Khamis yang merupakan fasilitator di KSKCare Centre JAKIM.

Ucapan rumusan diakhir program disampaikan oleh YBrs.Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM yang berharap program ini dapat membantu klien melalui fasa pemulihan yang berterusan. Penghargaan juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid yang bukan sahaja terbuka menerima penganjuran program malam menyediakan makan dan minum bagi para peserta.

AADK 1

AADK 2

AADK 3

AADK 4

AADK 5

AADK 6

AADK 7

AADK 8

AADK 9