Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
PUTRAJAYA, 4 November 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) di Ruang Aktiviti, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Delegasi UUM diketuai oleh YBrs. Prof Madya Dr. Sharifah binti Md Yusof, Timbalan Dekan Akademik, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM bersama-sama 4 orang pensyarah pengiring dan 30 orang pelajar.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bertujuan memberikan maklumat dan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan JAKIM dalam pembangunan ekosistem halal Malaysia.

Sesi taklimat dimulakan oleh Puan Nur Elyana binti Elias dari Seksyen Audit, Cawangan Pengesahan Halal (CPH), BPH dengan tajuk Pengenalan Pensijilan Halal Malaysia dan kemudian diteruskan dengan sesi taklimat oleh Tuan Mohd Asrul Hafiz dari Seksyen Kimia 2, Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) dengan tajuk Pengenalan Malaysia Analysis Halal Centre (MyHAC).

Menarik untuk dikongsi, reruai mini MyHAC turut dibuka khusus untuk menyantuni pelajar lawatan kali ini untuk memberikan gambaran kepada para pelajar berkenaan analisis makmal yang dijalankan di MyHAC.

Semoga melalui lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar khususnya dalam mendepani cabaran alam pekerjaan dalam bidang pengurusan pensijilan halal pada masa akan datang.


myhac 1

myhac 2

myhac 3

myhac 4

myhac 5

myhac 6