Kurator Berita : Darul Quran
11 November 2024 - Seramai 105 peserta terdiri daripada kakitangan Darul Quran (DQ), Bahagian Perhubungan Korporat JAKIM (BKP), sahabat-sahabat dari LTDQ serta rakan IPT berkolaborasi dari agensi dan institusi pendidikan seperti IKMAS, IQDAR, JAIS, KITAB Penang, MAIK, ADDIN Perak, Politeknik Sultan Azlan Shah, UOC, dan IPG Kampus Pendidikan Islam telah menyertai Program Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti pada hari ini.

Program telah diadakan secara fizikal di DQ dan turut disertai secara dalam talian melalui Google Meet.

Program yang berlangsung dari pukul 10:30 pagi hingga 4:30 petang ini telah dimulakan dengan pengisian bertajuk “𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 (𝗠𝗦 𝟭𝟵𝟬𝟬:𝟮𝟬𝟭𝟰): 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗞𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴” oleh Dr. Hisham Sabri, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, USIM.

Pada sesi petang pula, Tuan Ridzuan Muhammad dari INOKREATIF menyampaikan ceramah bertajuk “𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗮𝘄𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗦𝗢 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗢𝗯𝗷𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗣𝗜”.

Semoga program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta terhadap standard pengurusan kualiti berteraskan syariah dan memantapkan lagi pencapaian kualiti di DQ dan agensi berkaitan.


Hari kualiti DQ 01

Hari kualiti DQ 02

Hari kualiti DQ 03

Hari kualiti DQ 04

Hari kualiti DQ 05

Hari kualiti DQ 06

Hari kualiti DQ 07

Hari kualiti DQ 08