CHERAS, 12 DISEMBER 2024 – Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat diteruskan bagi kali yang ke 12 tahun 2024 kali ini berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Cheras, Selangor. Seramai 62 Orang klien AADK yang berada di bawah tempoh pengawasan AADK Daerah Hulu Langat menghadiri program ini yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi.
Seperti kebiasaannya, peserta menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah terlebih dahulu dan seterusnya mengikuti slot Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shukri bin Khamis yang merupakan kaunselor / fasilitator di KSKCC JAKIM. seterusnya para peserta mengikuti slot Rawatan Diri Melalui Ilaj Syarie yang disampaikan oleh Us. Abd Halim bin Zakaria yang merupakan pengamal perubatan Islam dan Fasilatator di KSKCC JAKIM juga.
Ucapan rumusan diakhir program disempurnakan oleh YBrs Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga,Sosial dan Komuniti JAKIM dan juga diakhiri dengan ucapan daripada Nazir masjid. JAKIM dan AADK juga menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Nazir dan AJK Masjid Nurul Ehsan di atas kesudian menyediakan tempat serta makan dan minum sepanjang program ini berlangsung.
Semoga proram ini memberi manfaat yang sebaiknya kepada peserta program di samping mendekatkan klien AADK dengan kehadiran ke masjid.









