CHERAS, 7 JANUARI 2024 – Program Terapi Psikospiritual Islam Klien AADK Daerah Hulu Langat telah berlangsung dengan sempurna di Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama, Selangor. Seramai 50 orang klien AADK yang berada di dalam pengawasan AADK Hulu Langat menghadiri program ini yang bermula seawal jam 8.30 pagi.
Peserta menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah terlebih dahulu dan seterusnya mengikuti slot Makrifatun Nafs yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Taufiq bin Mahmud yang merupakan kaunselor/fasilitator di KSKCC JAKIM.
Ucapan rumusan diakhir program disempurnakan oleh YBrs Tuan Kamarul Nizal bin Idris, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. JAKIM dan AADK juga menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Nazir dan AJK Masjid Al-Ikhwaniah di atas kesudian menyediakan tempat serta makan dan minum sepanjang program ini berlangsung.
Semoga proram ini memberi manfaat yang sebaiknya kepada peserta program di samping mendekatkan klien AADK dengan kehadiran ke masjid.



















