Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 23 JANUARI 2025 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM sekali lagi menganjurkan Kursus Persediaan Fasilitator Penjagaan Spiritual Bagi Pesakit Terminal Care Siri ke 2 bertempat di Aras 2 Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Kursus ini dilaksanakan secara intensif bagi meningkatkan kemahiran 19 orang fasilitator yang akan bertugas menyantuni pesakit-pesakit terminal care yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) dari aspek penjagaan spiritual.

Kursus pada kali ini memberi fokus kepada persediaan dan prosedur penjagaan spiritual yang disampaikan oleh Dr. Saiful Adni bin Abd Latif, Pakar Paliatif IKN, Penjelasan kepada Terma Rujukan Penjagaan Spiritual yang disampaikan oleh Puan A’azah binti Awang Kechik, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK, JAKIM serta penyediaan pelaporan penjagaan spiritual yang disampaikan oleh Dr. Mohd Fahmi bin Sahray, Ketua Unit Spiritualiti dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh. Selain daripada itu satu perkongsian eksklusif berkenaan tatacara terapi yaasin dalam membantu memulihkan spiritual pesakit disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Setiap perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam proses memberi bimbingan kepada pesakit-pesakit kelak. Perkhidmatan penjagaan spiritual kepada pesakit terminal di IKN berasaskan pendekatan psikospiritual Islam ini merupakan usahasama antara JAKIM dan IKN.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM. Diharapkan kursus ini dapat memberi panduan kepada peserta dalam melaksanakan khidmat bimbingan kepada pesakit kelak. Semoga usaha ini mencapai objektif dalam memberi bimbingan kepada pesakit agar dapat mengakhiri hayat dengan husnul khatimah.

care1

care2

care3

care4

care5

care6

care7

care9

care10