23 Januari 2025 – Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah institusi tahfiz yang unggul di Malaysia, JAKIM melalui Darul Quran telah menerbitkan Kompilasi Model Tahfiz Pemberi Pendidikan Tinggi dalam bentuk e-book sebagai dokumen panduan dan rujukan khususnya kepada institusi tahfiz untuk membangun dan memperkasakan pendidikan tahfiz arus perdana.
E-book kompilasi ini telah diluncurkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Amanat dan Perhimpunan Agensi di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (HEA) 2025 yang diadakan di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.
Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin b. Suhaimee, Pengarah Darul Quran JAKIM, Tn. Haji Mohd Ansarullah b. Mohd Hashim dan Ketua-Ketua Agensi Agama yang lain.
Semoga peluncuran e-book Kompilasi Model Tahfiz PPT ini dapat menyumbang dalam memperkasakan lagi institusi pendidikan tahfiz di negara ini.















