5 FEBRUARI 2025 – Darul Quran telah menerbitkan Prospektus sebagai dokumen utama yang menyalurkan maklumat berkaitan Darul Quran JAKIM sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi Tahfiz negara untuk membangun dan memperkasakan pendidikan tahfiz arus perdana. Selain itu , Darul Quran juga telah menerbitkan Jurnal Darul Quran Bil. 28 Tahun 2024.
Hari ini, dua buah buku terbitan Darul Quran ini telah diluncurkan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dalam Majlis Amanat dan Perhimpunan Bulanan JAKIM yang diadakan di Auditorium JAKIM, Putrajaya.
Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah b. Mohd Hashim dan Pengarah-pengarah Bahagian.
Semoga peluncuran Penerbitan Prospektus dan Jurnal Darul Quran ini dapat membantu masyarakat mengenali Darul Quran lebih dekat selain berperanan sebagai medium dakwah yang berkesan serta memperkasakan lagi institusi pendidikan tahfiz di negara ini.

















