20 Januari 2025. -Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah institusi tahfiz yang unggul di Malaysia, JAKIM melalui institusi di bawahnya iaitu Darul Quran telah mengadakan satu majlis bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Jabatan Agama Islam Perak ( JAIPk) MoU dimeterai di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh Perak bertujuan melaksanakan Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat untuk tempoh 5 tahun lagi setelah tamat tempoh perjanjian yang pertama pada tahun 2024.
Majlis yang bersejarah ini telah disempurnakan bagi pihak JAKIM oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail dan disaksikan oleh Ustaz Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran. Sementara bagi pihak JAIPk ia disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak YBhg. S.F Dato’ Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim, dan disaksikan oleh Pengetua Institut Tadbiran Agama Islam Negeri Perak (INTIM), Ustaz Burhanuddin Bin Md. Dali @ Dal.
Semoga kerjasama ini merupakan satu langkah yang positif dalam usaha memartabatkan pengajian Al-Quran dan tahfiz di Malaysia.



















