Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Bangi, 17 Februari 2025 – Buat julung kalinya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025. Program yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr Mohamad Kori bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM tersebut telah diurussetiakan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS).

Program Multaqa tersebut telah berjaya menghimpunkan Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Pegawai Undang-Undang Jabatan Peguam Negara, Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia, Pegawai Bahagian Undang-Undang JAKIM dan Polis Diraja Malaysia.

Tujuan utama program Multaqa tersebut adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perundangan Syariah terutamanya dari aspek pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah agar penjalanan urusan perundangan Syariah berjalan dengan lancar dan terbaik. Di samping itu program Multaqa tersebut merupakan medan pertemuan untuk pertukaran idea demi kelangsungan dan pemerkasaan pelaksana perundangan Syariah di negara ini.

Program Multaqa kali ini telah membincangkan Deraf Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Di Luar Bidang Kuasa yang dicadangkan untuk diselaraskan pemakaiannya di seluruh Malaysia.


Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 02

Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 03

Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 01

Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 04

Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 05

Multaqa Pegawai Pelaksana Perundangan Syariah Tahun 2025 06