Kurator Berita : Darul Quran

20 Februari 2025 – Seramai 351 calon telah berjaya terpilih untuk menghadiri sesi temu duga Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Tahun 2025 yang berlangsung di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Para calon diminta mendaftarkan diri seawal jam 8.30 pagi dan melengkapkan senarai dokumen yang diperlukan sebelum ditemu duga

Sesi temu duga dijalankan di Dewan Muktamar, dengan setiap calon dinilai oleh dua panel iaitu masing-masing daripada Darul Quran dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Temu duga berlangsung selama dua hari, dan hanya calon terbaik akan diserap ke dalam program ini. Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 1 April 2025 dan boleh disemakmelalui akaun MyDQ calon.


TEMUDUGA DQ 01

TEMUDUGA DQ 02

TEMUDUGA DQ 03

TEMUDUGA DQ 04