Kurator Berita : Darul Quran
22 Februari 2025 – Seramai 220 pelajar Semester Enam, Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, telah menerima Sijil Khatam Hafazan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Darul Quran Tahun 2025. Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Majlis dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh para pelajar banin, dipimpin oleh Pensyarah Tasmi’ Darul Quran, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, Sdr. Muhammad Haikal bin Abd Latib, diikuti oleh ucapan aluan daripada Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, serta ucapan perasmian oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada Darul Quran kerana berjaya mengekalkan tradisi penganjuran majlis khatam hafazan ini sebagai pengiktirafan kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa para pelajar dan menegaskan bahawa kejayaan anak-anak Darul Quran dalam menamatkan hafazan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan doa yang tidak putus daripada ibu bapa mereka.

Kejayaan ini tidak hanya menjadi kebanggaan kepada para pelajar, tetapi juga sebagai satu penghormatan kepada pengorbanan dan sokongan ibu bapa yang diraikan dalam majlis ini.

Beliau turut menegaskan berkenaan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif bagi memastikan tahap pendidikan ini mencapai standard yang lebih tinggi. Antara langkah utama yang dilaksanakan adalah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sebagai satu dasar komprehensif untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz di seluruh negara.

Selain itu, beliau juga menjelaskan peranan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) dalam memperkemas tata kelola institusi pendidikan Islam, termasuk institusi tahfiz. JAKIM kini sedang berusaha mengintegrasikan elemen tahfiz ke dalam sistem pendidikan arus perdana, termasuk penawaran subjek tahfiz di peringkat menengah bagi meluaskan akses pendidikan tahfiz kepada lebih ramai pelajar.

Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan, antaranya:

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴
𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻:
Penerima :
-Ust. Norliana binti Abdullah

𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽:
Penerima :
-Us. Ibrahim bin Abdullah
-Ust. Zamzarina binti Mohd Sood

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗵𝗿𝗶𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸
Penerima :
-Awang Ameer Zikri bin Awang Kamarruddin
-Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘀 (𝗸𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂)
Penerima :
-Muhammad bin Ahmad Tirmizi
-Akif Haiqal bin Hanif
-Muhammad Hafiz Naim bin Encik Rahim
-Ahmad Wafi bin Abdul Rahman
-Amirul Aiman bin Muhamad Kamarul Arifin
-Raja Muhammad Umar Abqori bin Raja Mohd Kamal
-Danish Haykal bin Mohd Adnan
-Muhammad Aiman Hakimi bin Lutphi
-Abdul Hadi bin Hariri
-Muhammad Darwisy Mustaqim bin Mohammad Hatta
-Muhammad Lukman Hakim bin Yusrihafizi
-Saiful Adnin bin Saiful Nazmi
-Muhammad Ariff bin Sudiman
-Mu’az Fitri bin Kharudin
-Ahmad Aminuddin Hussein bin Rosli
-Syifa Umairah binti Jalaluddin
-Durrani Fatinah binti Fadzil Asmat
-Fatimah binti Ismail
-Siti Khadijah binti Ahmad Fauzi
-Ainaa Natasha binti Eziddin
-Nik Nur Ain Nabiha binti Nik Hassan
-Siti Khadijah binti Mazlan
-Raabi’ah Al-Adawiyah binti Zool Fadli
-Husna Salsabila binti Zainuddin
-Nur ‘Aisha binti Mohd Nasir
-Aisha Zarifah binti Nordin
-Syarifah Nor Nabilah binti Syed Shaharuddin
-Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki
-Tengku Nur ‘Alya Sakinah binti Tengku Mohamad Izudin
-Nur Nadhirah binti Faiezi
-Siti Nor Huda binti Mohd Fadzil
-Aisyah Maryam binti Che Amran
-Nadhirah Khaliqah binti Kasturi
-Izzah Husna binti Mohamad Azmi
-Amna Syakirah binti Mohd Suhaimi
-Nur Ainaa Maisarah binti Moiden
-Adibah Hanis binti Jalaluddin
-Nur Humaira binti Mohd Hazrein
-Nur Auni Syafiqah binti Zulkiflie
-Nisrina Nabihah binti Yahya
-Adilah Ilyana binti Kamarul ‘Arif
-Aufa Solehah binti Ahmad Syukri
-Wan Wardatul Aini binti Wan Ahmad Zahari
-Nur Farhani binti Mat Zahir
-Nasyuha Syuhada binti Amri
-‘Iffah binti Ashroff
-Nurul Ezzatina binti Zaidi

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗜𝗸𝗼𝗻 𝗛𝘂𝗳𝗳𝗮𝘀 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗮𝗿𝗶
Penerima :
-Nik Maghfirah binti Nik Abdul Rahman Zaki

𝗖𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗲𝗹 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵
- Syeikh Hossam Hasan Mohamed Elmihy
- Us. Abu Dzar bin Mamat
- Us. Mohd Faisal bin Mohd Fauzi
- Us. Hanizamfansuri bin Hassan
- Us. Mohd Jauhar bin Azmi

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵
Penerima:
- Muhammad Ariff bin Sudiman
- Ahmad Aminuddin Hussein bin Rosli
- Mu'az Fitri bin Khairudin
- Nur Farhani binti Mat Zahir
- Wan Wardatul Aini binti Wan Mohd Zahari
- Nurul Ezzatina binti Zaidi
- Nasyuha Syuhada binti Amri
- Iffah binti Ashroff
- Nisrina Nabihah binti Yahya

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗳𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗻𝗮
Penerima:
- Muhammad Ariff bin Sudiman
- 'Iffah binti Ashroff
- Aufa Solehah binti Ahmad Syukri
- Nur Farhani binti Mat Zahir
- Nuruwais Auji binti Mohd Nadzri
- Nisrina Nabihah binti Yahya

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴
Penerima:
- Mu’az Fitri bin Kharudin
- Nur Farhani binti Mat Zahir

Majlis Khatam Hafazan ini bukan sekadar meraikan pencapaian para pelajar, malah mencerminkan komitmen berterusan Darul Quran dalam melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, tetapi juga memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

ajlis Khatam Hafazan 01A

ajlis Khatam Hafazan 02

ajlis Khatam Hafazan 03

ajlis Khatam Hafazan 04

ajlis Khatam Hafazan 05

ajlis Khatam Hafazan 06

ajlis Khatam Hafazan 07

ajlis Khatam Hafazan 08

ajlis Khatam Hafazan 09

ajlis Khatam Hafazan 10

ajlis Khatam Hafazan 11