Kurator Berita : Darul Quran

27 Februari 2025 – Darul Quran hari ini menerima kunjungan daripada Ketua-ketua Unit Agama dan Penyelia-penyelia Prospek Wanita Islam dari seluruh institusi Penjara Malaysia dalam satu lawatan mahabbah yang bertujuan menimba ilmu serta pengalaman berkaitan pendidikan tahfiz.

Delegasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan, Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, yang mewakili Pengarah Darul Quran, bersama pegawai-pegawai kanan yang lain. Lawatan ini diadakan bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor, Darul Quran.

Turut hadir mengetuai delegasi ini ialah YBrs. Ustaz Haji Amir Adili bin Haji Mohd Noor, Penyelaras Unit Pengurusan Kader JAKIM & Modal Insan, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Penjara Malaysia.

Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi bagi memperkasakan pendidikan Islam, khususnya dalam kalangan komuniti penjara. Delegasi turut diberikan taklimat mengenai sistem pendidikan tahfiz di Darul Quran serta berpeluang berdiskusi mengenai kaedah terbaik dalam membangunkan program pendidikan al-Quran di institusi pemulihan.


Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02A

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02B

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02C

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 02D

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 01

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 01B

Darul Quran Terima Kunjungan Mahabbah Unit Agama Dari Institusi Penjara Seluruh Malaysia 01B