9 April 2025 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan tapak ke UCYP University Kuantan Pahang sebagai salah satu prasyarat dalam menjalinkan kerjasama akademik antara kedua belah pihak. Kunjungan ini merupakan langkah susulan ke arah merealisasikan hasrat Yayasan Pahang untuk mewujudkan kerjasama dengan Darul Quran JAKIM bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UCYP.
Delegasi Darul Quran diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM bersama beberapa pegawai kanan. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Professor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University.
Dalam sesi lawatan ini, delegasi Darul Quran turut dibawa melawat fasiliti yang terdapat di kampus UCYP University seperti bilik kuliah, makmal komputer, perpustakaan, kafetaria dan pusat sumber.
Semoga pertemuan ini dapat mencapai hasrat JAKIM memperluaskan jaringan kerjasama pendidikan tahfiz di Malaysia.











