23-24 April 2025 – Bahagian Maqasid Syariah JAKIM telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Dokumen Gagasan Kalimah Tayyibah Siri 1 selama 2 hari bermula 23 hingga 24 April 2025. Bengkel ini melibatkan penyertaan beberapa panel jemputan dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Universiti Malaya.
Kalimah Tayyibah merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai satu pendekatan bagi membudayakan penggunaan kalimah yang baik dalam interaksi dan komunikasi dalam semua lapisan masyarakat.
Justeru, bengkel ini diharapkan dapat menghasilkan satu panduan dan rujukan yang jelas kepada semua agensi, termasuk pihak media, dalam usaha mempromosikan gagasan ini secara bersepadu dan tersusun.





