Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 6-7 MEI 2025 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab membantu menangani permasalahan dan isu HIV/AIDS menurut perspektif Islam. Manual ini telah digubal dan dicetak pada tahun 2009 hasil kerjasama JAKIM bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bengkel yang  telah diadakan pada 6-7 Mei 2025 di JAKIM bertujuan membuat nilai tambah, memperkasa dan memperluas maklumat  melibatkan  isu-isu terkini mengenai situasi HIV/AIDS di Malaysia khususnya terhadap golongan belia dan anak muda agar kekal relevan seiring keperluan semasa. Bengkel ini telah dikendalikan oleh para pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pegawai daripada Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Selain itu  peserta bengkel telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam JAKIM, Bahagian Penyelidikan JAKIM dan Ilaj Home Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Manual ini berfungsi sebagai panduan dan rujukan utama merangkumi 8 Modul mengenai pencegahan, rawatan dan stigma HIV/AIDS yang telah digabung jalin daripada perspektif Islam. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh  Puan Noor Haliza binti Ali Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial mewakili Pengarah Bahagian keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Manual ini juga akan digunapakai untuk program latihan kepada pegawai hal ehwal Islam di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), guru-guru takmir, guru-guru agama yang bertauliah, para imam dan pendaftar nikah dalam usaha menyampaikan dakwah serta kefahaman sebenar mengenai fakta dan realiti isu HIV/AIDS di Malaysia.

Bengkel Semakan Manual Islam Hiv Aids 01

Bengkel Semakan Manual Islam Hiv Aids 02

Bengkel Semakan Manual Islam Hiv Aids 03

Bengkel Semakan Manual Islam Hiv Aids 04