Kurator Berita : Darul Quran
Kuala Kubu Bharu, 19 Mei 2025 – Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Sambutan Pelajar Baharu bagi sesi pengajian 2025–2028, bagi pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat.

Seramai 181 orang pelajar baharu telah diraikan dalam majlis ini, yang turut menyaksikan penyampaian lafaz Ikrar Pelajar yang diketuai oleh Saudara Muhammad Nabhan Humaidi bin Mohd Najib. Ikrar ini melambangkan iltizam dan kesungguhan para pelajar dalam menempuh perjalanan ilmu selama tiga tahun di institusi ini.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan Taklimat Khas untuk ibu bapa, yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Mohammad Zaki bin Ibrahim. Taklimat ini memberi pencerahan kepada ibu bapa berkenaan struktur program, sokongan kebajikan pelajar, serta peranan ibu bapa dalam menyokong kejayaan anak-anak mereka sepanjang pengajian.

Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, yang menyatakan penghargaan atas kepercayaan ibu bapa memilih Darul Quran sebagai tempat anak-anak menuntut ilmu. Beliau turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa beristiqamah dan berdisiplin dalam mendalami ilmu al-Quran serta menyempurnakan pengajian sehingga tamat Semester Enam.
Majlis ini menjadi manifestasi komitmen Darul Quran dalam melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mahir dalam hafazan, tetapi juga berakhlak mulia dan bersedia menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Semoga segala usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT. Diharapkan agar para pelajar terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan di dunia serta akhirat.

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 01

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 02

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 03

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 04

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 05

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz AlQuran Dan AlQiraat DQ JAKIM Sesi 2025 06