Kurator Berita : Darul Quran
14 Jun 2025 – Pentas Utama Program Madani Rakyat di Lumut Waterfront bergema dengan alunan merdu ayat-ayat suci al-Quran menerusi Battle Tarannum Live, sebuah persembahan istimewa anjuran Darul Quran JAKIM bersempena Program Madani Rakyat 2025.

Program istimewa menyaksikan kehebatan dan kelunakan bacaan para qari dalam menyampaikan seni tarannum yang memukau dan penuh penghayatan. Turut menyerikan persembahan ialah qari jemputan, Ustaz Mohd Fakrurrazi bin Abdullah, Pensyarah Darul Quran, yang membuka pentas dengan lantunan suara yang mantap dan menyentuh hati.

Antara yang turut menyerlah dalam persembahan ini ialah tiga orang pelajar Darul Quran, iaitu Wan Ahmad Nur Firas bin Wan Mohd Nurussabah, Muhammad Fathi Safwan bin Eshak, dan Wan Muhammad Atiqullah bin Wan Ahmad Noradin. Ketiga-tiga mereka berjaya memukau penonton dengan kemahiran tinggi dalam seni tarannum serta penghayatan ayat-ayat suci al-Quran yang disampaikan.

Program ini bukan sahaja menjadi medan menonjolkan bakat generasi muda dalam seni bacaan al-Quran, malah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dan menyemai rasa cinta kepada al-Quran dalam suasana santai dan inklusif. Battle Tarannum Live membuktikan bahawa seni tarannum adalah satu bentuk dakwah yang segar, menyatukan hati dan mempererat hubungan masyarakat dengan al-Quran.

Battle Tarannum Live 01

Battle Tarannum Live 02

Battle Tarannum Live 03

Battle Tarannum Live 04