Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BATU PAHAT, 21-22 JUN 2025 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) bersama dengan rakan strategik iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM),Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Taqwa-MAIWP, Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM),Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Batu Pahat, (MPBP) telah berganding bahu menjayakan program Karnival Mahabbah Komuniti Madani Negeri Johor 2025 di Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor mulai 21 - hingga 22 Jun 2025 yang lalu.

Antara objektif program karnival ini adalah untuk menyediakan   platform   bermanfaat   berbentuk spiritual (rohani) dan intelektual (ilmu) kepada masyarakat dalam  memahami permasalahan  sosial umat Islam di Malaysia. Di samping itu, karnival ini bermatlamat untuk menyemarak dan menyuburkan  aktiviti   menyantuni   komuniti yang terlibat dengan gejala sosial seperti kecelaruan gender, klien dadah dan remaja juvana  bagi pengukuhan  aspek kerohanian  dan jati diri. Karnival ini juga adalah manifestasi daripada kewujudan   tindakan   dan kerjasama   bersepadu yang  mantap antara  agensi  di  peringkat   persekutuan,  negeri, NGO dan  komuniti dalam  menangani  gejala  sosial dalam kalangan  masyarakat  Islam. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di sepanjang program ini iaitu Semarak Subuh, Senamrobik, Sembang Syabab 1 dan 2, Parent Think, Slot Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Street Dakwah, Riuh Sekampus, KenduRia, Forum Hal Ehwal Islam dan Seminar Kekeluargaan yang bertemakan Keluarga Dambaan Syurga. Cabutan Istimewa, jualan dan pameran juga turut diadakan di sepanjang dua hari program ini bagi menarik masyarakat awam untuk hadir ke karnival ini.

Majlis perasmian karnival ini telah diadakan pada 22 Jun 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor. Terlebih dahulu, ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM yang mewakili YB Senator Dato’ Setia Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir ialah YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abd. Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Wakil Khas Naib Cancelor Universiti Tun Hussein Onn, YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), YBhg, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Encik Shafry bin Salim, Pengarah  Pusat Islam UTHM. Wakil-wakil dari agensi yang terlibat turut hadir memeriahkan majlis perasmian tersebut.

Semoga program usaha sama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar dan ibubapa dalam aspek bimbingan kerohanian dan jati diri sebagai Muslim bagi membentuk masyarakat yang sejahtera sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia MADANI.

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 01

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 02

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 03

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 04

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 05

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 06

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 07

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 08

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI KMKM NEGERI JOHOR 09