BESERAH, KUANTAN, 28 JUN 2025 - Program "Sweet Sampai Syurga" anjuran JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah sempena Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota 2025. Program interaktif ini bertujuan menyemarakkan kembali kasih sayang dan mengukuhkan komunikasi pasangan suami isteri serta hubungan ibubapa dan anak. 18 pasangan suami isteri dan ibu anak telah menyertai program ini.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti interaktif seperti slot Kenali Si Dia, Luahkan Kasih, dan Apresiasi Cinta telah dilaksanakan dengan bimbingan fasilitator terlatih dari Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) iaitu Ustaz Muhamad Asri Abd Razak dan Ustazah Fatinah Azami Mahadzir. Program diserikan lagi dengan anugerah-anugerah istimewa khas buat pasangan terpilih yang disampaikan oleh Puan Hazizah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta program "Sweet Sampai Syurga". Semoga hubungan suami isteri dan ibubapa anak kekal semarak penuh kasih sayang dan cinta hingga ke syurga.

















