11-13 Ogos 2025, Bangi- Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Asas Train of Trainer (TOT) Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) kepada 59 orang bakal penceramah Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia. Kursus yang diadakan di Auditorium al-Shafie, Institut Latihan Islam ini diadakan bagi melatih bakal penceramah dalam mengendalikan modul yang digunakan sebagai panduan dalam penyampaian Kursus Praperkahwinan Islam. Kursus ini secara tidak langsung memberi tauliah kepada para peserta yang berjaya untuk dipertimbangkan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia.
Para peserta telah menerima bimbingan melalui perkongsian daripada master trainer yang terlatih dan terlibat dalam pembangunan modul ini, antaranya Prof. Madya Dr. Md. Noor bin Saper, Dr. Tuty Aridzan Irdawaty binti Mahsinon, Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Ustazah Rosnahni binti Ismail, Ustazah Whilea Irma binti Nordin, Encik Mohd Khairil Asyraf bin Karid dan Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud.
YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malasyia (JAKIM) telah hadir merasmikan majlis penagguhan kursus ini. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyarankan agar para peserta terus mempertingkatkan kompetensi sebagai penceramah setalah menghadiri kursus ini. Beliau turut menyeru semua peserta, bakal penceramah Kursus Praperkahwinan Islam untuk meningkatkan pengetahuan, terutamanya dalam aspek isu semasa berkaitan dengan perkahwinan dan institusi keluarga.



















