Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BUKIT BARU, MELAKA, 20-21 OGOG 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka telah menjayakan Program Wanita Idaman Ad-Deen (WIDAD) di Asrama Bukit Baru, Melaka.
 
Program WIDAD merupakan satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bersama rakan-rakan strategik bagi membantu dan membimbing para penghuni di institusi perlindungan (remaja bermasalah sosial) agar dapat menjauhkan diri dari terus terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, ibadah dan akhlak dengan menggunakan pendekatan psikospiritual Islam.
 
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Sharing Session bertajuk OOTD Muslimah Solehah dan Akhlak Seindah Khadijah oleh Ustazah Nur Hidayu Mohd Kamil yang merupakan salah seorang fasilitator di Keluarga, Sosial dan Komuniti Care Centre (KSKCC). Slot gamifikasi dan interaktif turut dijayakan oleh fasilitator yang dilantik bagi program ini bagi mewujudkan kepelbagaian cara penyampian pengisian kepada para peserta.
 
Majlis Perasmian Program WIDAD telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian KSK JAKIM) mewakili Tuan Pengarah Bahagian KSK JAKIM. Turut sama menghadiri Majlis Perasmian Program WIDAD ialah YBhg. Dato’ Mohd Nordin bin Samah (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Melaka), YBrs. Encik Mohd Zamri bin Abilus (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kebajikan dan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka) dan YBrs. Puan Wan Nor Ahniza Hanom binti Ahmad (Pengetua Asrama Bukit Baru, Melaka).
 
Semoga program seperti ini terus mendapat sokongan dan dokongan daripada Jabatan Agama Islam Negeri serta kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru buat anak-anak penghuni institusi perlindungan ke arah hijrah yang lebih bermakna.

Program Wanita Idaman Ad Deen 01

Program Wanita Idaman Ad Deen 02

Program Wanita Idaman Ad Deen 03

Program Wanita Idaman Ad Deen 04

Program Wanita Idaman Ad Deen 05

Program Wanita Idaman Ad Deen 06

Program Wanita Idaman Ad Deen 07

Program Wanita Idaman Ad Deen 08