Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
JOHOR BAHRU, JOHOR, 13 SEPTEMBER 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah melancarkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) versi 2.0, yang memberi penekanan kepada transformasi digital dalam pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk umat Islam.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Sunway Hotel Big Box, Johor Bahru, dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Gazi, Menteri Besar Johor, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM serta pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

SPPIM 2.0 memperkenalkan pelbagai kemudahan baharu termasuk kursus pra-perkahwinan secara dalam talian, permohonan dan pendaftaran nikah atas talian, aplikasi mudah alih MySPPIM untuk permohonan, khidmat nasihat serta capaian kad perakuan nikah digital, selain fungsi semakan status perkahwinan oleh pihak penguat kuasa.

Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh pendigitalan perkhidmatan awam bagi memudahkan urusan rakyat dengan lebih cepat, telus dan mesra pengguna.

sppim 1

sppim 2

sppim 3

sppim 4

sppim 5

sppim 6

sppim 7

sppim 8

sppim 9

sppim 10