Kurator Berita : Darul Quran
7 September 2025 – Seramai 4 orang Pegawai Darul Quran telah menyertai Program Kampung Angkat Madani bagi mengadakan Kursus Jangka Pendek yang diadakan di Masjid Taufiqiah di Kampung Felda Soeharto. Program ini merupakan hasil kerjasama pihak Darul Quran bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Awal ketibaan program disambut dengan mesra oleh Imam 1 Masjid Al- Taufiqiah Felda Soeharto, Muhammad Danial Hakim bin Hapizul dan Bilal Masjid Al- Taufiqiah, Muhammad Danial bin Razali.

Majlis telah dibuka dengan perasmian oleh Ustazah Zahrina binti Haron, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengajian Am. Seterusnya, majlis diteruskan dengan agenda utama majlis iaitu Kursus Pengurusan Jenazah yang diketuai oleh Ustaz Muhd Khairul Hidayat bin Taslim sebagi Coach bagi pengurusan jenazah dibantu oleh Ustaz Abdul Hakim bin Mohamad Nadzri. Bagi jenazah Wanita pula dibimbing oleh Ustazah Zahrina binti Haron sebagi Trainer bagi kursus ini. Peserta yang terlibat dalam kursus ini seramai 24 orang, 9 daripada lelaki dan 15 daripada wanita.

Bagi Kursus Muazzin dan bilal pula dibimbing oleh Ustaz Fakhrurrazi bin Abdullah sebagai Trainer bagi bidang ini. Peserta yang terlibat dalam bidang ini seramai 10 orang daripada pihak lelaki.

Program ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Darul Quran, agensi-agensi kerajaan dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kemasyarakatan, ilmu, dan kesejahteraan rakyat.

Darul Quran Sumbang Kepakaran Dalam Program Kampung Angkat Madani 01

Darul Quran Sumbang Kepakaran Dalam Program Kampung Angkat Madani 02

Darul Quran Sumbang Kepakaran Dalam Program Kampung Angkat Madani 03