19 – 21 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT – SABTU)| 26 – 28 RABI‘UL AWWAL 1447H| KOMPLEKS TAHFIZ AL-QURAN AL-QARADHAWI (KOMTAQ), TEMERLOH, PAHANG
Temerloh, 20 September – Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kem Ibadah Nusantara 2025 bertempat di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ), Temerloh, Pahang pada 19 hingga 21 September 2025. Program tiga hari dua malam ini menghimpunkan seramai 130 orang komuniti hijrah LGBT daripada seluruh negara termasuk daripada negara Indonesia.
Antara pengisian utama ialah kesedaran mengenai rawatan kecemasan, kesihatan mental dan cara hidup yang sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh manakala pengisian slot keagamaan pula disampaikan oleh pengawai JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan beberapa aktiviti riadah dan sukaneka yang dapat mengeratkan silaturrahim sesama peserta. Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Prof. Dr. Samsul bin Draman yang mewakil Rektor UIAM.
Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan positif daripada para peserta yang menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang mengikuti program yang bermanfaat untuk kesejahteraan mental dan pengukuhan spiritual. Diharapkan agar usaha sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dalam usaha menyantuni golongan rentan tersebut.















