MELAKA, 4 SEPTEMBER 2025 – Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM) secara rasmi diiktiraf sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) bagi Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) dan Sijil Tahfiz Malaysia (STM).
Sesi penyampaian sijil pengiktirafan telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, kepada Pengarah KPMBM, En. Md Zan bin Md Yausuf, dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA.
Pengiktirafan ini membolehkan KPMBM melaksanakan program SPHB yang mengintegrasikan hafazan al-Quran dengan bidang profesional seperti perakaunan, perniagaan, teknologi maklumat dan lain-lain bidang kemahiran.
Usaha ini selari dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang mahir dalam pelbagai bidang profesional serta memartabatkan al-Quran melalui kerjasama strategik pelbagai institusi pendidikan.
Tahniah kepada KPMBM!
Semoga inisiatif ini menjadi contoh terbaik bahawa ilmu al-Quran dan kecemerlangan akademik dapat digabungkan bagi melahirkan generasi huffaz profesional yang cemerlang di dunia dan akhirat.



