MELAKA | JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan program tahunan yang mengumpulkan seluruh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ di Malaysia iaitu Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia yang ke-51 Tahun 2025.
Persidangan KPNCR ini dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
Persidangan ini menjadi platform penting untuk mendapatkan maklumat, membincangkan isu-isu serta penyelarasan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Dihadiri oleh para Ketua Pendaftar NCR dari seluruh negara, serta pegawai dan urus setia.
Dengan matlamat yang jelas, persidangan kali ini menggariskan agenda penting termasuk pembentangan empat (4) kertas makluman. Kertas-kertas tersebut ialah:
1. Tajuk : Kertas Makluman Pelaksanaan Program Lelaki Qawwam
Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
2. Tajuk : Kertas Makluman Terhadap Penyelarasan Pelan-pelan Kementerian / Agensi di bawah Tindakan JAKIM Berhubungkait Nikah, Cerai dan Ruju’ {NCR).
Oleh : Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM
3. Tajuk : Kertas Makluman Mengenai Kemaskini Bahan Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBPKI)
Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
4. Tajuk : Kertas Makluman Berkaitan Isu-Isu Perkahwinan Islam dan Permohonan Taraf Kewarganegaraan
Oleh : Bahagian Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rosli Bin Abdullah Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka di dalam majlis perasmian dan makan malam Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia yang ke-51 Tahun 2025. Turut hadir Bersama ialah YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat @ Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Yang Dihormati Tuan Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka serta pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Melaka.
. #𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪








