Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SUNGAI PETANI, KEDAH, 10-12 Oktober 2025 – Markas Tentera Udara, Cawangan Agama  dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih  Peringkat TUDM (Zon Utara) 2025 pada 10 hingga 12 Oktober 2025 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah. Peserta kursus adalah seramai 14 pasangan suami isteri (28 orang) yang terdiri daripada kakitangan TUDM Zon Utara bersama pasangan yang telah melalui tempoh perkahwinan 11 hingga 20 tahun. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Nurul Najuwa binti Sazali, Pegawai Perubatan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh Pn Hartini binti Hussin selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi oleh Pn Zaiton binti Zainol Abidin selaku Kaunselor Berdaftar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar, Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En Mohd Firdauz bin Mohd Syurkan dan En. Zainuddin bin Othman.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Brig. Jeneral Azman bin Taib TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat TUDM (Zon Utara) 2025. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 01

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 02

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 03

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 04

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 05
KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 06

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 07

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA SEMARAK KASIH PERINGKAT TUDM UTARA 2025 08