Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA, 14 Januari 2026: Persediaan bagi menyambut bulan kemuliaan Ramadan dan Syawal kini memasuki fasa kritikal. Ketua Pengarah Jakim Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee telah mempegerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya bagi tahun 1447H/2026M bagi menyelaraskan takwim ibadah buat seluruh umat Islam di Malaysia.

Mesyuarat penting ini diurusetiakan oleh Seksyen Kajian Falak, Bahagian Penyelidikan, JAKIM, dengan memberikan tumpuan kepada beberapa agenda utama antaranya:

Penyelarasan Waktu Imsak & Berbuka: Meneliti serta mengesahkan jadual waktu bagi setiap zon di seluruh negeri demi memastikan ketepatan waktu sebelum hebahan umum dibuat.

Mekanisme Pengisytiharan Rasmi: Segala keputusan mesyuarat akan dipersembahkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum pengumuman rasmi disiarkan secara langsung oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Keputusan yang bakal dicapai merupakan simbol penyatuan syiar Islam di Malaysia, yang dilaksanakan secara teliti menerusi kerjasama erat antara urus setia bersama Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri yang diketuai oleh Ashabus Samahah Mufti-Mufti Negeri.

Ikuti saluran rasmi kami untuk kemas kini maklumat sahih dari semasa ke semasa.
#HebahanRasmi #Ramadan1447H #Syawal2026 #FalakMalaysia #JAKIM #SyiarIslam #SeksyenKajianFalak

Hala Tuju Penetapan Ramadan Dan Syawal 202601

Hala Tuju Penetapan Ramadan Dan Syawal 202602

Hala Tuju Penetapan Ramadan Dan Syawal 202603