Kurator Berita : Darul Quran
Apakah erti sebuah kejayaan hafazan jika ia tidak dipelihara, diuji dan dikekalkan secara berterusan selepas khatam? Majlis Khatam Hafazan al-Quran Darul Quran telah berlangsung dengan penuh tertib sebagai penghormatan kepada para pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran sepanjang tempoh pengajian mereka. Penganjuran majlis ini membuktikan komitmen berterusan Darul Quran dalam menjunjug institusi tahfiz berteraskan disiplin ilmu, pengurusan hafazan yang sistematik serta keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan penguasaan al-Quran.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM. Majlis turut dihadiri oleh Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi ini menzahirkan sokongan padu terhadap usaha berterusan memperkasa pendidikan tahfiz di Malaysia. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh para pelajar banin, dipimpin oleh Pensyarah Darul Quran iaitu Us. Mohd Fakrurrazi bin Abdullah, Us. Muhammad Alif Afzan bin Muhammad Fitri Chin dan Us. Mohd Sahleyzan bin Ismail. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar oleh Sdr. Saiful Ashraf bin Sulaiman, diikuti ucapan aluan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, sebelum majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.

Seramai 206 orang pelajar telah terlibat dalam Majlis Khatam Hafazan kali ini, terdiri daripada 122 orang pelajar lelaki dan 84 orang pelajar perempuan. Daripada jumlah tersebut, seramai 37 orang pelajar lelaki dan perempuan telah berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk lebih daripada sekali sepanjang tempoh pengajian mereka di Darul Quran.Kelainan Darul Quran dalam penganjuran majlis ini adalah dengan turut menganugerahkan pelajar yang menyertai program Syahadah Hafazan al-Quran. Program seumpama ini lazimnya dilaksanakan di institusi tahfiz sepenuhnya, namun Darul Quran sebagai institusi tahfiz berteraskan akademik masih mampu melaksanakan penilaian hafazan pada tahap ini. Pendekatan ini bertujuan menggalakkan para pelajar mengekalkan kualiti dan kesinambungan hafazan mereka walaupun selepas selesai tasmik hafazan 30 juzuk, sekali gus memastikan hafazan al-Quran terus dipelihara sebagai amanah ilmu sepanjang kehidupan. Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan hafazan, disiplin pengajian serta sumbangan dalam bidang tahfiz, beberapa anugerah khas telah disampaikan kepada para pensyarah dan pelajar yang layak.

Anugerah yang disampaikan:

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴
 Ust. Siti Mahfuzah binti Mohd Khalid

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗧𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴
 Us. Muhammad Toriq bin Yaacob
 Ust. Shahidah binti Shuib

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸
 Amin Fahim bin Adam Rizal
 Ainie binti Alamia

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗢𝗞𝗨𝗠𝗣
 Aiman Hakim bin Salleh Harun


𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵
 Abdul Rahman bin Razali
 Abdullah Fayyadh Hakimeey bin Abd Hamid
 Ahmad Zaim Hafizuddin bin Hasdi
 Asyraf Fiqin bin Malek
 Muhammad Aqil bin Hamdan
 Muhammad Ariffin bin Ibrahim Ali
 Muhammad Faris Zidane bin Mohd Faizal
 Ainin Saheela binti Anuar
 Nur Adlin Sofiya binti Mohd Fadzil
 Nurfarahin binti Mohamad Hal-Amin
 Sarah binti Ahmad

𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴
 Muhammad Ariffin bin Ibrahim Ali
 Ainin Saheela binti Anuar

Segala pencapaian yang diraikan dalam majlis ini sudah tentu menuntut usaha, disiplin dan komitmen yang tinggi daripada para pelajar sendiri. Kejayaan ini turut disokong oleh peranan penting seramai 23 orang pensyarah tasmik yang sentiasa membimbing, memantau dan memotivasikan para pelajar sepanjang proses hafazan, di samping sokongan padu daripada ibu bapa serta seluruh warga kerja Darul Quran.Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua warga Darul Quran, khususnya para pensyarah tasmik atas komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan para pelajar bukan sahaja berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran, malah mampu mengekalkan kualiti hafazan tersebut sebagai satu amanah ilmu yang berterusan. Majlis Khatam Hafazan al-Quran ini bukan sekadar meraikan pencapaian para pelajar, malah menegaskan peranan Darul Quran dalam melahirkan generasi huffaz yang berdisiplin, berilmu dan bersedia memikul tanggungjawab al-Quran dalam kehidupan dan masyarakat.

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 01

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 02

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 03

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 04

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 05

Majlis Khatam Angkat Kepentingan Murajaah Hafazan 06