KUALA LUMPUR 17 MAC 2026 / 27 Ramadan 1447H π£π₯π’ππ₯ππ MAGHFIRAH RAMADAN 1447H / 2026M
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Program Maghfirah Ramadan 1447H / 2026M bersama Komuniti Orang Hidup Dengan AIDS (OHDA) serta klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program ini telah diadakan di βIlaj Home, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.
Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Majlis AIDS Malaysia (MAC) serta rakan-rakan strategik yang lain iaitu syarikat Zensho Foods Sdn Bhd dengan jenama restoran makanan berangkai Sukiya.
Antara pengisian program ini ialah Slot Power Talk yang telah disampaikan oleh Ustaz Nabil bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan JAKIM sebelum diteruskan dengan majlis tahlil dan bacaan doa selamat. Program ini turut diserikan dengan majlis iftar, solat berjemaah dari Asar hingga Tarawih serta penyampaian sumbangan JAWI Foodbank, MAC & MAF kepada para peserta.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir ialah wakil βIlaj Home, Pengusaha Rumah Solehah serta wakil daripada AADK Wilayah Persekutuan.
Semoga dengan penganjuran program ini dapat memberi manfaat, meningkatkan kesedaran serta menjadi panduan kepada para peserta dalam membina kehidupan yang lebih baik demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.




















