Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
PUTRAJAYA, 7 APRIL 2026 – Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara terus menjadi teras utama dalam memperkasa agenda keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan di Le Meridien Putrajaya yang dipengerusikan bersama oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Mesyuarat yang cukup signifikan ini dihadiri oleh pimpinan-pemimpin pelbagai agama yang menganggotai Jawatankuasa Harmoni yang dilantik.

Mesyuarat tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sirajuddin bin Suhaimee; Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPN serta barisan pengurusan kanan JAKIM dan KPN.

Antara intipati utama bagi mesyuarat tersebut adalah seperti ketetapan yang berikut:
  • Kesinambungan Program Impak Tinggi: Kerajaan komited meneruskan penganjuran program "The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026" (12 Jun 2026) dan "The 4th Edition of Southeast Asian Scholars Conference 2026" (13 Jun 2026) di KLCC. Program ini dijadualkan bakal dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  • Kerjasama Strategik JAKIM-KPN: Memperkukuh gerak kerja bersepadu antara JAKIM dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam melaksanakan Resolusi Persidangan Pemimpin Agama bagi memupuk nilai kesederhanaan (wasatiyyah) serta membanteras ekstremisme pemikiran secara berkesan.
  • Transformasi & Inisiatif Harmoni MADANI: Mengambil maklum kejayaan pelbagai program di bawah Inisiatif HARMONI MADANI sepanjang tahun 2025 yang telah membuktikan keberkesanan dialog inklusif dalam menangani isu-isu sensitif masyarakat secara berhemah.


MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 01

MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 02

MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 03

MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 04

MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 05

MESYUARAT JAWATANKUASA HARMONI BIL 1 2026 06